Phnom Penh 1963

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1963 telah dibatalkan. Negara tuan rumah temasya kali ini, Kemboja kerana tidak mampu menjayakan temasya ini kerana menyokong GANEFO.[1] Keadaan infrastruktur yang ada berada di tahap kurang memuaskan. Selain itu, timbul perbalahan antara Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa. Pada edisi ke-3, Laos kemudiannya dipilih menjadi tuan rumah temasya edisi ke-3. Walau bagaimanapun, Laos akhirnya mengangkat tangan juga sebagai tanda menarik diri daripada menjadi tuan rumah berikutan kewangan bandar raya negaranya dalam masalah. Maka, Malaysia mengambil alih menjadi tuan rumah temasya edisi ke-3 ini. Sukan Asia Tenggara 1965 telah berlangsung di Kuala Lumpur. Seramai 1,300 peserta berkampung di Kuala Lumpur untuk sama-sama mengambil bahagian dalam temasya tersebut. Kemudian, Persekutuan Sukan Semenanjung Asia Tenggara menerima kehadiran satu lagi anggota baru iaitu Singapura. Berikutan Singapura tidak bergabung dengan Malaysia lagi kerana telah menerima kemerdekaan daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.